8.7.11

wahai wanita :)

Wahai wanita solehah
jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti
ianya akan lapuk di telan zaman,
tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
agar dirimu bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,

Wahai wanita solehah
jangan berbangga dengan
ilmu duniawi yang kau kuasai ,
kerana ada lagi manusia
yang lebih berpengetahuan darimu ,
wahai wanita
jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah
jangan dirisau akan jodohmu,
kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut
pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
bersyukurlah diatas apa yang ada,
serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

No comments:

Post a Comment