Perempuan,
harga dirimu
adalah tinggi dan mahal.
tapi,
bila kau mempalitkan
bila kau mempalitkan
kotoran jahiliah pada dirimu
mempamer perhiasanmu
itulah kematangan pada sangkaanmu.
tapi sebenarnya,
kau terpedaya
kau terpedaya
kau mempersona di mata jahiliah
tapi sebenarnya,
kau cemari diri
kau cemari diri
zahirmu kelihatan bahagia
tapi batinmu kelemasan dan sengsara
pilihlah jadi perempuan yang solehah
memelihara kehormatanmu
memperindah akhlakmu
menyayangi harga dirimu
bahawa kau bukan bahan peragaan
atau menjadi mainan si lelaki
menetes airmatamu
kerana mengagungkan Allah
bukan oleh cinta terluka
dalam menagih janji palsu si lelaki
bila kau menghargai keperbadian muslimah sejati
maka kau menghargai sesuatu yang hakiki
biarlah kelihatan kolot di mata jahiliah
asalkan kau bernilai tinggi di sisi Penciptamu
jahiliah hanya mahu memperendah dan menghinamu
kau mencari kebahagiaan hakiki
dengan membina iman dan taqwa
tanpa silau dengan salutan harta
atau kecantikan paras rupa
No comments:
Post a Comment