25.6.11

iman

Berjalanlah dengan penuh harapan
walau hidup ini tak selalu bahagia,

sedekahkanlah satu senyuman
walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,

belajarlah memaafkan
walau dirimu terluka,

berhentilah memberi alasan
walau ingin menyatakan kebenaran,

hiduplah dalam Iman
walau hari dipenuhi dugaan

dan berpeganglah kepada Allah
walau Dia tidak kelihatan..

Bukti kasihNya,
kita wujud didunia pinjaman ini.

Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara
dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya.  =)

23.6.11

kita :(

kau tahu,
satu-satunya alasan Tuhan memisahkan kita?
sebab kita terlalu dekat, 
malampaui yang seharusnya.

kau tahu,
alasan Tuhan mencipta jarak antara kita?
sebab Tuhan ingin kita saling mendoakan, 
dalam jauhnya pandangan sekalipun.

kau tahu,
alasan munculnya kantuk pada mata?
untuk membiarkannya terus terpejam 
dan beristirehat dari memandangmu dalam nyata.

sesekali, 
aku hanya ingin bicara, 
sekadarnya saja, tidak lama.
setidaknya siapalah aku ketika kita bertemu mata.

dibalik telapak tangan ini,
sebuah nama terukir indah..
belum dapat kubaca,
kata tuhan masih rahsia..

God, reserved a prince for me, untill the moment,
You decide that the time is right to meet him, i can wait~ =)

21.6.11

bagaimana?

Assalamualaikum and kaifa halukum? hows iman? hihi semoga sentiasa dibawah payung rahmatNya yee semuaa =) bismillahirahmanirrahim..

Aku khuatir..

terhadap suatu masa
yang rodanya dapat menggilas keimanan
keyakinan hanya tinggal pemikiran
yang tak berbekas pada perbuatan
banyak orang baik tapi tak berakal,
ada orang berakal tapi tak beriman

ada lidah fasih tapi berhati lalai,
ada yang kusyuk
namun sibuk dalam kesendirian
ada ahli ibadah
namun mewarisi kesombongan iblis,

ada ahli maksiat rendah hati bagaikan sufi
ada yang banyak tertawa
hingga hatinya berkarat,
ada yang menangis karena kufur nikmat

ada yang murah senyum
tapi hatinya mengumpat
dan ada yang berhati tulus
tapi wajah cemberut

ada yang berlisan bijak
tapi tak memberi teladan,
dan ada yang pelacur
tetapi tampil jadi figur

ada yang punya ilmu tapi tak faham,
ada yang paham tapi tak menjalankan
ada yang pintar tapi membodohi,
ada yang bodoh tak tau diri
ada yang beragama tapi tak berakhlak,

Dan ada yang berakhlak tapi tak berTuhan lalu di antara semua itu dimanakah aku berada?

Semoga kita berada di jalan yang benar dan sentiasa ingat akan Sang pencipta dimana kita berada, bersyukur kita dilahirkan dalam Islam.. Alhamdulillah~ =)

20.6.11

aku perlukan kekuatan ;[

Assalamualaikum semuaa, Bismillahirahmanirrahim..

Ya Allahu Ya Aziz, 
Aku hambamu yang lemah,
Hati ini memerlukan kekuatan,
Untuk menghadapi sisa-sisa hidup,
Yang sukar dibatasi,
Kerna kemodenan arus duniawi,
Yang semakin hapus kearah ukhrawi.


Ya Allahu Ya Malik,
Pohon ku di dunia ini,
Kuatkan semangat hambamu yang beriman,
Dalam mengatur langkah di dunia ini,
Agar mereka menjadi contoh,
Teladan kepada setiap insan,
Yang menghampiri kelalaian terhadapMu.


Ya Allahu Ya Qahhar,
Kuatkan hati setiap muslim didunia ini,
Teguhkanlah iman mereka,
Agar mereka terus menerus memujiMu,
Izinkan mereka mendapat hidayahMu,
Sebenar-benar hidayah.
Penuhilah hati para muslim,
Dengan limpahan hidayah mu yang agung,
Agar mereka dapat memujiMu Ya Allah.


Ya Allahu Ya Hafiz,
Peliharalah hati kami ini,
Agar tidak dilimpahi dengan maksiat,
Peliharalah hati kami dari segala noda dunia,
Limpahilah hati kami dengan iman,
Peliharalah kami dari kesesatan dunia,
Yang dipenuhi segala mara bahaya.


Ya Allahu Ya Mujib,
Kabulkanlah permintaan hambaMu ini,
Agar kami semua dilimpahi nur iman Mu,
Pimpinlah kami kejalan yang diredhaiMu.
Isikan hati kami dengan kebaikan agamaMu,
Lembutkan lidah kami untuk memujiMu,
Indahkanlah mata kami melihat ciptaanMu,
Maniskan mulut kami ketika menikmati rezekiMu,
Gagahkanlah kaki kami ketika berjalan untuk keredhaanMu,
Merdukanlah telinga kami ketika mendengar ayat-ayatMu,
Sinarilah kehidupan kami dengan nur iman Mu,
Bersihkan hati kami untuk menggapai redhaMu.
Berilah kekuatan untuk hambaMu ini,
Untuk meneruskan perjuangan ini,
Demi kemuliaan agamaMu Ya Allah.


*peringatan utk kita semua*

tersentuh kalbu ini tatkala membaca coretan sajak diatas, sajak yang dihasilkan bgtu menusuk kalbu.. membuat kita terfikir sejenak, pernahkah kita meminta kekuatan? dan adakah kita betul-betul menjadi hambaNya? di kala kesusahan menimpa, kita pinta akan pertolongan Sang Khaliq, di kala senang? adakah kita semua bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan kpd kita semuaa? aku, manusia alpa, leka, dan lemah.. kdg-kdg aku terleka gara-gara nafsu dunia.. Ya Rabbi, ampunilah dosa hambaMu ini, ku ingin menjadi hamba yang sentiasa berpegang pada amar makruf nahi mungkar.. teman, pimpin aku teman dalam menuju keredhaan Allah, diri yang hina ini tidak mahu menjadi manusia hipokrit, bantuku shabat, ku bukan manusia yang sempurna, aku tidak mempunyai apa-apa yang dapat membahagiakan kalian, aku manusia biasa seperti kalian jugaa tapi, terimalah aku seadanya kawan :')

DUKA


Aku hanyalah orang yang bercita cita,
Ingin melihat sebuah kejayaan persada, 
Aku hanya manusia biasa

Hanya mampu menangis di kala ketentuan tiba


Namun ku punya tekad membara,

Tidak pernah ingin kesatuan yang kubina, 
Hancur musnah ditelan angkara,
 
Dek hanya kerana perselisihan sementara.


Benar katamu, wahai saudara,
Setiap insan punya rasa,
Ingin mencari kebenaran jua.

Namun bagiku, kebenaran itu perlu berencana,
Tersilap langkah, binasalah ia,
Padahnya bukan hanya sementara,
Berlarutan entah sampai bila.

Akhirnya ku kata
, 
Selamat berjuang wahai saudara,
walau kita di medan berbeza,
Namun jiwa kita sama,
Ingin melihat Islam dijulang dunia.. 

Salam perjuangan..
 

Dari insan yang benar benar mencintai saudaranya,
 
Yang ingin melihat kejayaan dakwah bersama,
 
Namun apakan daya,
Syaitan juga punya rencana,Ingin mencabik umat manusia,Tak tertahan lagi air mata,
Menitis membasahi dunia



********** *****
Ya Allah, berkatilah dan mudahkanlah perjuangan saudaraku, masukkanlah dia kedalam syurgaMu, sungguh ku mencintainya keranaMu~ =)

sabarlah duhai diri :[

Sabarlah, Allah bersama..
Acapkali apabila dirundung masalah,
Ayat itu yang selalu menerjah gegendang telinga~


Terkadang ingin aku berlari jauh,
Jauh ke hujung dunia,

Menyepi sendiri,
Namun pantas pula aku tersedar,
Bukankah dahulu aku jua yang menuturkan ayat itu?  


Bersabarlah,
Pasti ada hikmahnya
Tatkala awan mendung berarak,
Dan mentari tak kunjung tiba,
Lantas,
Awan pekat hitam itu memberat,
Mengeluarkan titis-titis hujan yang berderetan,
Kita menangis,
Terkadang tersungkur,
Namun percayalah di hujung sana ada bahagia yang sedang menanti,
Jika kita terus-terusan bersabar. 


Ah,
Berkata memang mudah,
Berbuat bagaimana pula?
Seorang da'ie itu pasti akan diuji atas setiap patah kata yang dilafazkan.


Justeru aku terpana,
Satu persatu dugaan itu seolah-olah merenggut senyumku pergi.
Ku pendam perasaan ini,
Hati yang berdarah ku ubati kembali,
Ah.. susahnya bersabar ini, Rabbi.
Tatkala senyumku tiada lagi seri,
Sewaktu senyumku bukan lagi seikhlas hati,
Aku terduduk dan menangis,
Allah.. Ke mana kau bawa hatiku pergi?

Lantas aku merenung jauh ke sudut hati,
Wahai hati, janganlah begini~
Dugaan itu kan Allah yang beri,
Jika mahu menangis, menangislah pada Ilahi,
Jika mahu bercerita, berceritalah pada Rabbi,
Allah itu.. benar-benar merindui suaramu wahai nafsi,
Merintihlah, merayulah..
Oh hati!
Pulanglah jangan kau tinggalkan ku lagi.


Duhai sahabat,
Jangan disangka da'ie itu tiada dugaan,
Jangan disangka semua da'ie berjiwa kental.


Mari bersama menelusuri lembah ini,

Yang dijanji, hati akan sakit,
Jiwa akan perit,
Hanya sabar pengubat jiwa,
Menemani hati yang kian alpa,
Bahawa Allah itu ada, tidak pernah lupa!
Bersabarlah hati, bersabarlah diri,

Walau kesabaran itu hampir tiada..

copypaste darii wannuramira

salam perjuangan!



Bismillahirahmanirrahim.. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih 

Saudara
sekadar renungan kita bersama
Sebuah realiti membawa bahagia
Bersama kafilah dakwah merentas masa
Bersatu bersama demi sebuah cita 

Pandanglah dan renungkan bersama

Manusia dinilai dari iman dan amalnya
Dilihat juga dari kerjanya
Bukan hanya dari hasilnya semata mata

Betapa kini ku sedar

Islam bukan hanya retorik ibadah semata mata
Tetapi sebuah 'menara' yang punya jasa
Perlu ditegakkan demi manfaat bersama

Saudaraku,
Marilah berjabat mesra
Jalan ini jalan kitaPenat lelah suka dan dukaKita redah bersama
Sebuah kebanggaan buat saudara saudaraBerjuang demi sebuah cita
Melihat Islam kembali menjulang dunia

Hanya satu kata bekal bicara

ISTIQAMAH Itu bekal kita..

Salam Perjuangan sahabatku yang dikasihi sekalian, semoga kita berada di jalan yang diredhai Allah SWT Amin ya rabbal alamin =)

17.6.11

aku, dia milikMu ya Rabb

Salam ukhuwah semua~ *perasan ade byk org bace entry kite gni ah ork* hha, bru 2 followers :p dah lebih-lebih k cukup dok penting semua ni hhi okay harini nok share ape yang ana bace tadi dkt fb seorang sahibiah ana yang ololo shoo pweety hhiks. poem yang dia buat tu rase sangat-sangat ade kaitan dengan kite semuaa :[ herm.. Bismillahirahmanirrahim..


Ya Allah
peritnya!
kenapa mesti dia?
kenape tdk org lain?
dia milikku,tercipta untukku!
... hanya aku sorang
bkn orang lain!
aku sorang!!!


Ah,ape yg mrasuk fikiranmu?
sedarkah ape yg kau luahkan?
sedarkah ape yg kau rasekan?
knape harus merasai sebegitu maha perasaan?
menganggap org lain seperti milikmu sendiri
sedarkan aku.. dia bkn milikku..
sedarlah!
aku,dia dan kau adalah milik Allah
ahh.. terlalai seketika
baru dijentik syaitan..
sudah rebah tersungkur!

oh ya, aku lalai
terlalu mengharapkan cinta insan
sehingga terlupa merayu kasih dri yg Ilahi
begitu ingin memiliki yg soleh
namun lupa mnjadi yg solehah!

wahai nisa',
jika pndanganmu sntiasa pd rijal itu...
palingkanlah,tudukkanlah!
apakah engkau sudah lupa?
wanita solehah itu..
tdak dipandang dan tidak memandang!

jgn hancurkan kesucian remajamu
dgn terlalu mngagungkan cinta manusia
sehingga kau terlupa..
KASIH YA RABB!


                           ********* ******* ***** ******* ****
terdiam betor bile bace ork? bila kte cinta akan sseorang tu soh soh mata kita pun liar mncari si dia biarpun dlm hati kite brkata 'wak nape lah gi tgk mcm ye nmpk', kite bls lgi.. 'mase ye dok nmpak ni ah nk tgk' jahatnyee syaitan mase  tu, time kite tgh syok melihat dia, kite lupa tuhan yang menabur benih cinta kita tu, dia yang mmberi kita perasaan kasih, cinta, suka, marah, benci dan semuaa.. dan Dia juga yang berkuasa, berhak untuk menarik semula perasaan tu.. susah sgt kita nok smpan jauh-juah prasaan tu apetah lagi si dia ade dekat je dgn kite kan? dlm hati mmg kuat nok mlupakan dia dan kembali pada cinta Ilahi tapi kenapa bgtu sukar? :'[ terkadang kita perlukan seseorang sebagai tempat untuk kita mengadu segala apa yang terbuku di hati.. dan bila tiba saat di mana tiada sesiapa pun yang mampu mendengar rintihan kita lagi, beringatlah Allah ada untuk kita. Allah tempat mengadu yang paling berharga buat kita.
 luahkanlah smua yg trpndam dlm hati kpd Sang Khaliq.. Allah sentiasa brda disisi kita cuma kita yang menjauhkan diri kita dariNya.. marilah kita sama-sama mndekatkan lagi diri kita yang hina ini kepadaNya~ =)

p/s; asif bolok skali ayat hihi ana pun bkn panda sangat menulis ni, takpee la fhm jgk kan skit-skit hha :p salam..

13.6.11

13062011

assalamualaikum semuaa =) 
dah solat isyak belum? hhi alhamdulillah kalau dah 
k insya Allah malam ni sebelum ana meng'off'kan laptop ni ana nok share yang kat bawah ni kt antum smuaa ehek ehek bce jgn tak bace -___- lepas bace nak gi tidur tafaddal~ :p Bismillahirahmanirrahim..

ya Allah..
Aku Malu..
dengan diriku yang dulu..
kejahilanku yang lalu..
kekhilafanku..
tabarrujku..
keaibanku yang tak terhijab..
ikhtilat yang tak terjaga..
Aku Malu..
dengan dosa-dosa ku yang menggunung..
malu denganMu..
malu untuk meminta padaMu..
siapalah aku dipandanganMu..
malu pada mereka yang benar-benar faham..
Aku benar malu ya Allah !
Maafkan aku..
ampuni daku..
masihkah Engkau mahu menerima hambaMu yang hina ini..
diri yang penuh dosa..
hati yang penuh noda..
Aku Takut..
sungguh aku tak mampu..
tempuhi titian Sirat Mu..
hadapi azab kuburMu..
apalagi nerakaMu..
Aku benar takut ya Allah!
Terimalah taubatku..
sesugguhnya Kau maha pengampun..
maha penyayang..
maha penerima taubat..
Aku bersyukur..
Kau campakkan rasa ini..
Kau kurniakan hidayah ini..
Kau berikan nikmat kesedaran ini..
Aku benar bersyukur ya Allah !
Semoga aku istiqamah..
Semoga aku terus kuat..
dalam memperjuangkan dakwah Rasulullah..
dalam menegakkan agamaMu ya Allah..
Sesungguhnya RedhaMu adalah impianku..

cinta hanya kepadaNya..

Jangan kerana cinta kau buta
buta dosa, buta pahala
buta yang mana benar, buta yang mana salah

Sebaliknya,
biarkan cinta itu membuka matamu
bahawa manusia tak sempurna
cintailah dia apa adanya
bahawa dunia hanya sementara
yang dicinta pasti pergi jua

Bahawa cinta itu
hanya akan bersatu bila diizinNya
menyedari dan mengakui
bahawa cinta datang dariNya dan harus mengikut aturanNya

Lantas mengapa membiar cinta membutakan mata?
menutup pintu-pintu redha, rahmat, dan kasih sayang Nya?

-peringatan ini khususnyaa buat diri ana..

Assalamualaikum, mencintai dan utk dicintai, sdh fitrah kita sbgai manusia.. ttpi, jgnlah kita terlalu inginkan perasaan itu.. seeloknya kita hindarkan.. jgn mmbuang prasaan cinta itu dengan 'benci' anggap shja muslimin yg anda cintai itu seperti anda menganggap dirinya seperti yang muslimin yang lain.. sdh pasti kita semuaa menginginkan jodoh yang mendatang itu dpt membimbing kita ke jalan Allah, yang kuat iman, agamanya seperti Nabi Muhammad s.a.w, bukan bgitu? jika ingin suami seperti itu jadilah seperti Khadijah terlebih dahulu.. betulkan akidah kita, hijabkan mata kita drpada memandang lelaki ajnabi, sukar? ya! amat sukar, cubalah.. inshaAllah dengan bantuan Ilahi kita dapat menjadi yang solehah.. seperti yang Allah telah janjikan. Lelaki yang soleh adalah utk wanita yang solehah dan yakinlah janji Allah itu pasti, salam =)

islam begitu indah


Dugaan sentiasa menanti
itulah tujuan lahirnya manusia
untuk diuji dan terus diuji
beruntunglah sesiapa yang bersabar
yakni meletakkan sepenuh harapan pada Ilahi
DIA lah tempat mengadu segala keluh jua kesah
jangan pernah mengeluh
kerana sesungguhnya
jika Allah menginginkan kesenangan bagi hambaNya
akan terlebih dahulu ditimpa kesusahan
sebenarnya, itulah indahnya Islam
membentuk manusia sebaik-baik kejadian..

for you dearest muslimah :)


Awak cantik sangat, subahanallah!
Jadi tutuplah aurat awak.
Supaya kecantikan awak,
hanya ALLAH dan dan orang yang halal
sahaja dapat melihatnya..
Suara awak merdu sangat, subahanallah!
Jadi berhentilah nyanyian awak.
Dan mulalah buka Kitab ALLAH
untuk mendengar alunanNYA.
Tubuh awak anggun sangat, subahanallah!
Jadi labuhkanlah pakaian awak
untuk menjauhi mata-mata syaitan
yang memandangnya.
Awak teman yang baik sekali, subahanallah!
Dan saya sayangkan awak.
Kerana ALLAH.
Oleh itu, saya berikan sekeping nasihat ini
supaya kita dapat berjumpa lagi
insyaALLAH di syurga nanti.

Alhamdulillah, terima kasih awak,
Semoga Allah swt sahaja yang mampu membalasnya.

just Allah

When you feel down,
because you did'nt get what you want,
just sit down and take a deep breath..
and say 'SubhanAllah!'
calmly and be happy ^^,
because maybe Allah has thought
of smthing better to give you

khazinatul asrar's ♥


Saudaraku,
Rangkul aku dalam mesramu
Jabat erat tanganku dengan segenap cintamu
Biarkan kita melebur dan menyatu
Hingga musuh tak lagi kuasa
Menyuntikkan nafsu yang meraja

Wahai Sang Penggenggam Alam Semesta
Hanya kepadaMU kami mengadu
Hanya Engkau yang Maha Perkasa
Hamba memohon yaitu
Satukan hati kami dalam ukhuwah yang disinari oleh Iman dan 
islam.


Kami :'>

hamidah akmal bt abd haris..
norazifah fatihah bt mohamed khir
izzah kamilah bt mohd zubir

wan nur amira bt wan zainuddin
nurul husna hazwani bt md yusuf
wan aishah fariha bt wan nazri
farah hanim bt mohd alwi



a kind heart :)
























Bila airmata kita mengalir dek banyaknya desakan dan asakan
kita hanya membiarkan ia mengalir deras
tiada daya untuk menyapu air mata itu dengan jari jemari kita
apatah lagi menahan ia dari mengalir di pipi kita
sempit dada kita menahan sedu dan sedan
pada waktu itu kita memang mengharapkan 
ada insan yang datang kepada kita 
walau tanpa apa jua bicara
cukuplah sekadar berada di sisi kita
memberikan kekuatan dan sokongan
tapi selalunya kita hanya SENDIRIAN dalam keadaan itu.

Sunyi dan sepi mampu membunuh kita
kespian mengheret kita ke dunia kita sendiri
kesunyian menjadikan kita tidak terarah
kita hilang kawalan dan kita hilang jua penumpuan
kerana SUNYI.

Insan-insan yang tidak memahami akan memadangkan kita dengan jengkel
melihat kita sebagai manusia cengeng yang tiada tujuan
pedulikan anggapan itu
pedulikan apa jua pandangan mereka
kerana mereka hanya mampu berkata belakang kita
tanpa seorang pun yang sudi duduk bersama kita 
untuk berkongsi air mata.

Apa yang kita rasakan sudah cukup berat
terbuku di kalbu
kita hanya mampu membisu
bagi kita itu lebih indah
dari berbicara dengan insah yang tidak endah
dari meluah rasa pada insan yang tidak kisah.

Apa yang kita rasai
Apa yang kita alami
tiada seindah kata untuk digambarkan
tiada secantik bahasa untuk diluahkan
ia hanya bermain di jiwa kita 
Akhirnya, kita hanya mampu sujud dengan airmata
lalu memohon:
“Ya hayyu Ya Qayyum Birahmatika Astaghith…”


Dari Anas r.a dia berkata bahawa 
Nabi s.a.w apabila mengalami suatu kesulitan, 
baginda mengucapkan doa berikut:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ

Maksudnya:
“Wahai yang maha hidup, 
Wahai yang maha berdiri,
 aku memohon pertolongan dengan rahmat-Mu” 
(H.R al-Tirmizi dalam kitab sunannya. Dihukum Hasan di dalam kitab Sahih al-Tirmizi, No.3524)