26.11.11

no tittle pwish n_n

ku impikan diriku sebagai seorang mujahidah,
yang hatinya tenang di atas segala dugaan..
dan imannya teguh seperti benteng yang kukuh..

ku impikan diriku sebagai seorang mujahidah,
yang hatinya tiada lalai daripada mengingati Allah..
dan takwanya tinggi menggapai langit..

ku impikan diriku sebagai seorang mujahidah,
yang amalannya tulus dan ikhlas kerana Allah.. 
dan semangat juangnya yang jauh daripada luntur..

Namun aku sedari,
aku masih jauh daripada siapa diriku yang aku impikan..
namun,aku berdoa kepada Allah..
dan akan aku terus berusaha..
supaya impianku itu tidak kekal sebagi impian,namun menjadi satu kenyataan.. 

InsyaAllah wa Amin.

18.10.11

Ya Rabb,


Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang Kau redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.
Tapi jika qada’ dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirnya..
Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMu..

13.10.11

Pesanan Imam Ghazali.

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya… 

1 - Pertama“Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” ( Surah Ali Imran 185 )



2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. ” Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.“Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”
Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” ( Surah Al A’araaf 179 )
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .


4 - Pertanyaan keempat adalah, ” Apa yang paling berat di dunia ini?” 
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah”
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72 )
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.


5 - Pertanyaan yang kelima adalah, ” Apa yang paling ringan di dunia ini?”.
Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.


6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, ” Apakah yang paling tajam di dunia ini?”.
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Wahai serikandi

wahai engkau yang ku gelar serikandi,
bersamamu meraih syurga abadi,
kehadiranmu tidak pernah ku duga sama sekali,
dalam kegelapan ku mencari erti sebuah cinta sejati,
ku keliru pada mulanya kerana kejahilan diri,
menyangka cuma berlawan jantina yang bersatu hati,
hadir dirimu memberi bukti,
sangkaan itu salah sama sekali

wahai serikandi yang aku kasihi
kata-katamu membangkitkan jati diri,
membuat aku bercita-cita menjadi serikandi,
mawar sepertimu harus ku teladani,
dan engkau kini hadir ,
melafaz ikrar sebagai sahabat sejati,
semoga janji untuk perbaiki diri,
bersama-sama kita turuti,

wahai engkau yang ku gelar serikandi,
berjuang bersamamu sentiasa ku nanti,
hadir dirimu anugerah Ilahi,
antara hadiah terindah yang pernah aku miliki,
akan ku syukuri hingga akhir hayat ini,
dari dirimu hanya satu ku ingini,
kebaikkan yang ada pada mu kekal hingga ke firdausi,

wahai serikandi yang aku sayangi,
bantulah sahabatmu ini perbaiki diri,
agar dipertemu di negeri abadi,
sebagai bukti berkasih kerana Ilahi,
teman sejati yang ku gelarkan serikandi,
berjuang bersama demi Islam yang kita sayangi

Kasih Allah :)

kasih Allah tidak pernah memilih,
tidak memanjakan malah mendidik,


kasih Allah tidak pernah memilih,
menyenangkan tanpa merasa sakit,


kasih Allah tidak pernah memilih,
tidak pernah mengatakan 'tidak' saat diri merintih,


kasih Allah tidak pernah memilih,
menyebarkan bahagia tanpa ada yang merasakan tersisih,


kasih Allah tidak pernah memilih,
menyatakan cinta pada insan yang benar-benar ingin,


kasih Allah tidak pernah memilih,

membahagiakan tidak akan pernah mengecilkan hati,

kasih Allah tidak pernah memilih,
menilai pada hati yang benar-benar menghargai erti kasi
h

Akhi,

Akhi fillah,
sungguh Maha Kasih Allah
telah menuntun 
dan mempertemukan kita, 
menghadirkn sebaris harapan 
yg di labuhkan atas-Nya, 
agar pertemuan kita
memberikn mamfaat 
dan kebajikan-Nya. 
Tapi afwan ya akhi, 
simpan saja dlu semua kalimat cintamu, 
bkn aku tak menginginkannya, 
api ku sadar itu belum 'halal' bagi kita. 
Jika dirimu yakin dgn hatimu, 
jika dirimu siap mnjd Imamku, 
datanglah dan temui waliku. 
Agar kitapn trjaga dari fitnah 
dan nafsu kita. 
Kutunggu dirimu dgn kalimat
'Basmallah''.

3.10.11

Maaf :(

sahabat,
percayalah.
kalau aku mampu memendamkan segalanya sendiri,
aku tidak akan pernah meluahkan apa yang terlintas difikiranku.
aku lebih rela aku yang menangis.
aku lebih rela aku yang sakit.
tidak sanggup aku menyakitkan hati insan lain,
lebih-lebih lagi insan yang bergelar sahabat.

maaf, sahabat.
adakalanya ego mengatasi,
sehingga aku berkeras untuk memaksa agar hujah dan pendapatku diterima.
maaf, kerana aku terlupa seketika.
bahawa setiap daripada kita berbeza.
tetapi aku juga ingin meminta maaf, 


maaf. aku tidak mampu memuaskan hati semua.

kita semua berbeza.
berbeza pengalaman,
berbeza kehidupan,
berbeza latar belakang dan berbeza pemikiran.
berbeza segalanya.


tidak pantas aku ingin menilai seseorang menurut sudut pndgnku,
sedangkan aku tidak tahu apa yang sedang engkau lalui?
adilkah aku?
tanpa memberi ruang buat engkau.. 


T_______________________________________________________T

2.10.11

Let us ponder ^^

Allah (subhanahu wa ta'ala) said: 
If you never felt pain or experienced problems, how would you know I'm the Healer?; If you never made a mistake, how would you know I'm the Forgiver?; If you were never hurt, how would you know I am the Comforter? If your life was perfect, then why would you need Me? 
-Hadith Qudsi-

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Senyum itu penawar =)




Hadis Rasulullah S.A.W menyatakan 'Senyum itu sedekah' adakah kita boleh bilang berapa kalikah kita senyum dalam sehari? Adakah semasa bangun dari tidur kita akan senyum? Jawapan nya senyumlah kerana kita tidak akan tahu bilakah kita akan kembali tersenyum dengan ikhlas..

Dengan senyuman kita akan disayangi, dengan senyuman juga kita akan disukai, dengan senyuman juga kadang kala kita akan dimusuhi. Ini kerana tidak semua yang kita buat disukai oleh semua orang.. Sesuatu yang baik juga kadang kala bisa disalah ertikan oleh manusia yang hatinya tidak pernah ikhlas.

Jika satu hari kita terlupa untuk senyum maka ingat kan diri kita bahawa kita sudah lupa untuk bersedekah. Akan tetapi awas senyuman juga kadangkala boleh menjadi racun yang cukup berbisa kepada kita. Dengan senyuman boleh membuatkan si teruna suka akan si dara, dengan senyuman juga si dara terpesona dengan si teruna. Akan tetapi senyuman yang diberikan seorang guru kepada muridnya dan juga senyuman yang diberikan seorang murid kepada gurunya itu lah seikhlas2 senyuman yang lahir dari 2 insan yang diciptakan memerlukan antara satu sama lain..

Dalam sebuah keluarga juga peranan senyuman amat lah penting, ini kerana seorang bapa yg tidak senyum kepada anaknya maka dia bukanlah seorang bapa yang mesra dan pemurah. Setiap anak akan menjadikan bapanya idola kepada diri mereka kerana bagi mereka bapa adalah ketua keluarga yang unggul kepada anak-anak. Tapi jangan dilupa pada masa kini banyak bapa yang lari dari tanggung jawab mendidik dan juga membesarkan anak-anak. Oleh itu marilah kita semua sedar personaliti yang baik datangnye dari keluarga yang baik.

Jadi wahai sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, mulakanlah hari kita dengan senyuman,percayalah hati kita yang sakit akan terubat apabila sebuah senyuman kita dibalas dengan senyuman yang penuh ikhlas dari insan yang hatinya luhur,suci. Itulah senyuman,penawar hati malah semudah-mudah jalan sedekah yang boleh kita lakukan setiap hari.. Amalkanlah wahai teman-temanku tapi biarlah senyuman manis kita kena pada tempatnya agar jauh dari fitnah hati dan lain-lain.

30.9.11

Nissa'..

Tidakkah kamu takut ancaman insan mulia,
Bahawa golongan kamu banyak adalah penghuni neraka,
sembilan nafsumu sentiasa bersama,
dan satu akalmu yang menyelamatkan jiwa..

Nissa,
Tutuplah auratmu sepanjang masa,
Tiada indahnya pandangan di mata,
Kecuali pada nafsu yang membara,
Pakaian mu hendaklah sempurna,
Tidak nipis dan mencolok mata,
Bebas najis suci sentiasa,
Azab kubur neraka selamat selamanya,
Hasanah akhirnya kau kecapi jua,

Nissa,
Jagalah tuturmu kepada ibu dan bapa,
Dirimu ditatang dan dimanja,
Fikirkan berapa nilai kasih dan harta mereka,
Yang diberikan kepadamu tanpa mengharapkan balasan jasa,
Hanya mereka inginkan kamu Menjadi insan solehah berjaya,
Taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya,
Mengharapkan doamu di kala mereka tiada didunia,
Mengharapkan belasmu didunia,
agar mereka terlepas azab yang menyeksa..

nikmat.


Segala sesuatu di dunia ini hanyalah cubaan bagi seluruh umat manusia. Kesusahan dan kemudahan, kemiskinan dan kekayaan, harta dan ilmu, nikmat dan musibah, pada hakikatnya hanyalah ujian yang diberikan oleh Allah swt kepada para hamba-Nya. Barang siapa yang mampu bersyukur dan bersabar, maka merekalah yang niscaya termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung. Namun barang siapa yang kufur serta selalu mengikuti nafsu dan emosi semata, maka nescaya merekalah yang berada dalam kumpulan orang-orang yang rugi.
Nikmat dan musibah, kesusahan dan kesenangan, tidak lain adalah ujian yang akan terus mewarnai kehidupan manusia. Tidak akan ada satu manusia pun di dunia ini yang terlebas dari yang namanya ujian. Karena, dengan ujian itulah maka manusia dapat menjadi makhluk yang sesuai dengan fitrahnya. Tanpa ujian, maka nescaya manusia akan terjerumus dalam liang kehinaan.
Seandainya nikmat itu bukanlah satu bentuk ujian, maka tidak akan ada manusia yang akan bersyukur kepada Allah swt dan berbagi dengan sesamanya. Jika musibah bukanlah satu ujian, maka tidak akan ada manusia yang akan membantu manusia yang lainnya, tidak akan ada manusia yang akan bersabar atas musibah yang menimpanya, dan tidak akan ada manusia yang mahu beribadah di waktu ditimpa musibah.
“Berbagai ujian” , itulah yang kelak akan menghantarkan manusia ke dalam naungan dan rahmat Allah swt. Namun demikian, “berbagai ujian” itu pulalah yang nanti juga banyak menghantarkan manusia ke dalam siksa api neraka. Di sinilah pentingnya memahami dan terus mengaplikasikan rasa syukur dan sabar atas segala apa yang diberikan dan diambil oleh Allah swt.


Nikmat adalah salah satu bentuk ujian yang akan membawa manusia memperoleh darjat yang lebih tinggi, di dunia dan di akhirat. 

17.8.11

Andai Allah makbulkan doaku,


Ku ingin titipkan nukilan ini untuk diriku dan insan yang memerlukannya..
Ya Rabb,
Aku ini kerdil, hina dan lemah, .
Setiap nafasku, kehidupanku,
semuanya atas belas ehsanMu Ya Allah
Hamba ini sering berkehendakkan sesuatu..
Sering meminta kepada-Mu..
Tidak kira pagi dan petang, ku titipkan doa kepada-Mu
Kadang-kadang Ya Allah, hati menjadi gelisah.
Adakah doaku tidak Kau terima?
Adakah tiada jalan penyelesaian?
Adakah Kau tidak sayang kepadaku?
Adakah Kau hendak menghukumku?
Di waktu hati berasa begitu,
Ku yakin itu bisikan musuhku.
Bisikan yang ingin membuatkan
Aku berputus asa dengan-Mu.
Sesungguhnya,
Aku memohon perlindungan-Mu dari bisikan itu
Mujurlah.
Ada insan yang sering memberi semangat.
Katanya, sesungguhnya doa itu sampai kepada-Mu..
Hanya segera dan lewat yang menguji Qalbu.
Pastinya ada hikmah di sebalik yang berlaku
Ku terfikir jika doaku Kau makbulkan.
Adakah Aku akan terus berdoa kepada-Mu?
Kurniakan aku iman pada-Mu, agar Kau, ku jadikan tempat mengadu
Hikmah di sebalik musibah itu..
Kau janjikan ibrah untuk diteladani
Kau ingin mendengar rintihan hamba-Mu ini,
kerana mungkin hamba-Mu ini
tidak lagi berdoa pada-Mu selepas apa yang dihajati Kau penuhi
Ya Allah,
Didiklah hamba-Mu ini
Agar meneladani ibrah yang
Kau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.
Agar kuat hatiku memohon kepada-Mu.

Tetapkan hati dan lisanku kepada-Mu,
Ajarkan kepadaku erti kesabaran,
Yang dapat memberi sinar yang baru dalam keimanan,
Buangkanlah sifat-sifat yang buruk dalam diriku,
Masukkan kebaikan dalam hatiku,
Agar ku terus menuju redha-Mu Ya Allah.
Ya Allah..
Sesungguhnya, jika sekalian manusia berhasrat,
untuk membuat khianat padaku dan,
Ada pula sekalian manusia berkumpul untuk menolongku.
Nescaya semua itu tidak akan berlaku tanpa izinMu.
Perkenankan doaku Ya Allah..
Kurniakan iman yang berterusan,
agar Aku tidak tergolong dalam golongan hamba-hamba-Mu yang rugi
Agar tidak terlupa di kemudian hari yang,
Kau telah menolongku di waktu dulu.
Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan.
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya..
Andai doaku dimakbulkan, adakah aku bakal melupakanmu?

"La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzolimin" yang bermaksud,
"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim.”

2.8.11

Andai ini ramadhan terakhir.

Andai ini ramadhan terakhir.
Apa mungkin hari raya akan terlintas dibenak kita?
Andai ini ramadhan terakhir.
Adakah kita masih akan sibuk memikirkan juadah berbuka puasa setiap hari?
Andai ini ramadhan terakhir.
Mampukah lagi, kita tidur lena diulit mimpi seperti ramadhan yang lalu?
Andai ini ramadhan terakhir.
Adakah tahap puasa kita hanya pada tahap menahan lapar dan dahaga?
Andai ini ramadhan terakhir.
Pasti kita mahu menjadikan ramadhan ini moment terindah dalam hidup kita.
Andai ini ramadhan terakhir.
Tentunya kita mahukan pencapaian yang paling cemerlang untuk dibawa pulang.
Andai ini ramadhan terakhir.
Kita pasti mahu merebut peluang terakhir ini sebaik-baiknya.

Kita tak tahu, 
adakah ini ramadhan terakhir atau akan adakah lagi ramadhan yang akan datang.
Namun yang pasti, tidak siapa dapat menjamin, kita akan bertemu ramadhan akan datang.
Muhasabahlah kembali,
Berapa ramai insan disekeliling kita yang dipanggil pulang sebelum sempat bertemu ramadhan kali ini?
Andai ini ramadhan terakhir.

22.7.11

Menyintai Tidak Bermakna Memiliki

Janganlah kau angkuh melaungkan
si dia kepunyaanmu
atau kau kepunyaan si dia
kerana hakikatnya
kita tidak pernah memiliki sesiapa
walau sekeping hati seorang insan
tidakkah kau sedar
hukum alam menyatakan
menyintai tidak semestinya memiliki?

Manusia pandai berpura
berlakon di pentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
tetapi hati
tidak pernah berdusta pada empunya
tentang perasaan yang bergolak di dalamnya

Tidakkah kau sedar
mungkin si dia melafazkan
ungkapan cinta padamu
tetapi hati dan perasaannya
tidak pernah berniat begitu
dia hanya berselindung
di sebalik sejuta alasan

Dan kau
begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa
menyintai tidak bermakna memiliki

Sesungguhnya…
“Aku tidak pernah memiliki dirimu…
dan kau jua tidak memiliki diriku.”

Mengertilah
kita sebenarnya kepunyaan
Yang Maha Esa
tiada sesiapa berhak memiliki diri kita
kecuali Dia
Dia mengasihi hambaNya
Dia memiliki hambaNya
Dan ke pangkuan Dia kita kembali

Hawa :'>

Hawa..
Andai engkau masih remaja,
Jadilah anak yang solehah buat ibu bapamu
Andai engkau sudah bersuami,
Jadilah isteri yang meringankan beban suami mu
Andai engkau masih ibu,
Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan agama Allah

Hawa..
Andai engkau belum berkahwin,
Jangan kau risau jodohmu,
Ingatlah Hawa janji tuhan kita,
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim,
Kerana aku khuatir,
Dari mata jatuh kehati,
Maka lahirnya senyuman,
Maka tercetusnya salam,
Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa..
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.

Kerana dia tahu ape matlamatnya dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,
Yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa ..
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
Biarlah hanya cinta dari kedua ibu bapamu
Yang memberi hangat kebahagian buat dirimu,
Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta
Keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa...
Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu,
Kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu,
Kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga mengoncang iman lelaki

14.7.11

Hari-hari terakhir..

Perempuan turki itu cantik. Kulitnya bersih, bersama kebayanya yang putih, dia kelihatan seperti bidadari. Lenggok sopan, bersama pakaian labuh menutup aurat menambah lagi aura kewanitaannya.
Aku sebenarnya sedang berbaring-baring di dalam Masjidil Haram, dalam keadaan mengiring ke kanan, menghadap Kaabah. Sebab itu boleh ternampak perempuan turki tadi. Tidak pula aku ekorinya dengan pandanganku. Cukup sekadar dia melintas di hadapanku. Secantik mana pun perempuan-perempuan yang ada di sini, tidak sekalipun menyentuh hatiku.
Bukan sekadar di sini, seindah mana pun perempuan-perempuan di dunia ini, secantik mana pun mereka, menarik perhatian tahap mana pun, masih belum dapat menandingi…
Suasana terus menjadi gelap secara tiba-tiba, sebelum kata hatiku dapat menghabiskan bicaranya. Bukan kerana aku tiba-tiba buta, bukan juga kerana tempat ini tiba-tiba terputus kuasa, tetapi mataku ditutup satu telapak tangan. Hangat, lembut, harum.
“ Abang tengok apa tu? Tak baik tengok perempuan lama-lama”
Satu suara mulus kedengaran.
Aku tersenyum. Terus aku memegang tangan lembut itu dengan sebelah tanganku. Tarik. Cahaya kembali mencium mataku.
“ Mana, ternampak sahaja. Perempuan turki tu lawa” Aku berbicara selamba.
“ Ya la, kita tak lawa” Ayat merajuk.
Aku terus memusingkan tubuhku, mengiring pula ke kiri. Seorang perempuan, bertelekung putih bersih, bersama wajah yang lembut bercahaya, dengan mata hitam bundar, sedang memuncungkan bibirnya memandang aku. Aku ketawa.
“ Tak baik muncung-muncung, nanti dapat anak gigi jongang baru tahu”
Muncungan mulut itu terus berubah menjadi senyuman manis, perempuan itu ketawa geli hati. Hati aku secara spontan menjadi lapang dengan senyuman dan tawa kecilnya.
“ Ada-ada aja abang ni” Dia menutup mulutnya.
Aku tersenyum.
“ Seindah mana pun perempuan-perempuan di dunia ini, secantik mana pun mereka, menarik perhatian tahap mana pun, masih belum dapat menandingi Sayang” Aku melengkapkan suara hatiku yanng terhenti tadi. Tapi kali ini dengan bicara, menghadap perempuan yang paling aku cinta di dalam hidup ini. Satu-satunya perempuan dalam hidup yang kupanggil ‘sayang’.
Perempuan itu senyap. Pipinya tiba-tiba merah. “ Betul ke?”
Aku mengangguk. “ Kalau tak percaya, belah la dada, ambil lah hati”
“ Mati la abang nanti” Perempuan itu menolak bahuku. “ Cinta dan sayang bukan boleh nampak”
Aku ketawa kecil. Seronok bercanda-canda dengan isteri tercinta.
“ Tapi, kalau abang hajat kepada perempuan lain, saya boleh carikan. Saya pun dah tak…”
Kata-katanya terhenti, bibirnya disentuh oleh jari telunjukku.
“ Kan dah janji tak mahu sebut pasal tu?”
Dia menundukkan wajah.
“ Maafkan sya”
Dari berbaring, aku duduk bersila. Lututku bertemu lututnya. Dia nampak sedih. Dan aku tahu dia memang sedih. Al-Quran di pangkuan perempuan itu kuambil dan kuletakkan di rak sebelah kami. Kemudian kupegang tangannya.
“ Sayang, abang ada satu sahaja. Kalau hilang yang ini, abang tak akan cari ganti yang lain” Kudekatkan tangan itu ke dahiku. Cinta yang teramat sangat.
Aku dapat rasa tubuhnya terenjut-enjut. Dia sedang menahan tangis.
“ Mari balik hotel, jom” Aku mengajak. Mungkin di sana boleh menenangkannya.
Dia menggeleng. “ Sya nak habiskan masa di sini.”
Aku menghela nafas. Aku juga sebenarnya hendak terus di sini. Tiada yang lebih tenang dari tempat ini. Aku menyandarkan tubuhku pada tiang, duduk di sebelah isteriku, sama-sama memandang Kaabah.
Ya ALLAH…
****
Namanya Darwisyah Hanim. Dia adalah isteriku, satu-satunya perempuan bukan mahram yang aku cinta. Dari sekolah menengah, memang aku sudah menyimpan rasa. Tidak sangka ALLAH memberikan aku peluang untuk memperisterikannya.
Seorang perempuan yang sederhana. Bukanlah seorang mujahidah segigih Zainab Al-Ghazali, bukan juga seorang yang sesabar Fatma isteri Hassan Al-Banna, tidak pula sefaqih Aisyah isteri Rasulullah SAW, bukan juga beribadah hebat seperti Rabiatul Adawiyah.
Tetapi dia adalah yang teristimewa di dalam hatiku. Perempuan terbaik untuk aku. Solehah, berperibadi mulia dan lembut orangnya. Suka tengok drama Jepun, dan suka baca novel thriller. Suka dengar nasyid. Amat minat membaca Al-Quran selepas solat subuh. Walaupun keturunan orang kenamaan, tapi dia tetap bersederhana dan merendah diri.
Kami baru tiga bulan mendirikan rumah tangga. Bagi orang lain, mungkin mereka menganggap aku sekarang sedang asyik memadu asmara dengan isteriku kerana baru sahaja bersatu. Memang biasanya untuk manusia, awal perkahwinan adalah indah-indah. Untuk aku, awalnya juga begitu. Sehingga kini juga begitu sebenarnya.
Tetapi, ALLAH telah menguji aku dan sya.
Bulan lepas, Sya tiba-tiba jatuh sakit. Awalnya, kufikirkan dia demam. Jadi, aku sekadar memberikannya ubat demam yang sememangnya tersedia di rumah. Namun, demamnya tidak kebah, malah tubuhnya semakin panas selepas dua atau tiga hari. Aku kerisauan, lantas membawanya ke hospital.
Awalnya, doktor menyatakan hanya demam biasa. Dan kebetulan selepas itu Sya kembali sihat. Aku pun lega. Tetapi, selepas itu, Sya mula hilang selera makan, dan berat badannya menurun, dia pula sering mengadu lemah-lemah badan. Kadangkala dia jatuh demam lagi.
Selepas seminggu melihat keadaan Sya semakin kronik, aku membawanya semula ke hospital dan meminta doktor membuat diagnosis secara terperinci. Hasilnya amat mengejutkan aku dan Sya.
Sya dinyatakan menghidap penyakit kanser hati dan sudah hampir sampai ke tahap yang tidak dapat diselamatkan. Ketika itu, aku dan Sya terus meminta doktor untuk membuat pembedahan bagi membuang kanser yang ada, namun apabila pembedahan itu berakhir dengan kegagalan.
Doktor menyatakan bahawa, selepas pembedahan itu, Sya hanya ada sekitar sebulan lebih untuk hidup.
Aku hampir terjelepuk jatuh mendengar kata-kata doktor.
Aku cuba menyembunyikan hal yang sebenar daripada Sya, namun Sya bukanlah seorang yang dapat kusembunyikan rasa hatiku kepadanya. Dia dapat menjangka ada sesuatu yang besar, yang kusembunyikan daripadanya. Akhirnya, aku menceritakan juga kepadanya.
“ Memang takdir begini ya?” Dia bertanya seorang diri ketika itu.
ALLAH sahaja yang tahu betapa tercalarnya hatiku melihat wajahnya yang muram. Lebih menyayat hati, Sya tidak henti-henti meminta maaf daripadaku. Dia rasa bersalah kerana aku berkahwin dengan orang yang hampir mati. Dia rasa, dia telah menghancurkan kehidupanku.
Ya ALLAH…
Ujian ini agak berat.
****
Sudah masuk pusingan kelima. Tawafku bergerak lancar, walaupun ada waktunya pergerakanku diperlahankan dengan jemaah yang bertawaf secara berkumpulan. Namun selain isteriku yang bertawaf sambil memegang tanganku, aku tidak menghiraukan sesiapa.
Kalau di dalam mazhab Imam Asy-Syafie, menyentuh perempuan, walaupun isteri sendiri adalah membatalkan wudhu’. Tetapi, pendapat fuqaha’ yang lain seperti Imam Malik menyatakan bahawa, menyentuh perempuan tanpa shahwat adalah tidak membatalkan wudhu’, walaupun perempuan itu bukan isteri kita. Tapi, menyentuh perempuan yang bukan mahram kita secara sengaja adalah berdosa.
Pendapat fuqaha’ lain itulah yang digunakan di dalam kes jemaah ke tempat padat dengan manusia serta bercampur lelaki perempuan seperti di Masjidil Haram.
Untuk aku pula, aku tidak mengaplikasi pendapat menyentuh perempuan tanpa shahwat tidak membatalkan wudhu’ di masjidil haram sahaja. Aku menggunakan pendapat itu di dalam seluruh kehidupanku. Sebab itu, bila aku menyentuh isteriku, aku tidak mengambil wudhu’ku semula. Apa yang aku pelajari di dalam mata pelajaran pembandingan mazhab semasa di universiti dahulu, dan juga di tempat-tempat talaqqi, sememangnya menyatakan pendapat menyentuh perempuan tidak membatalkan wudhu’ adalah pendapat yang lebih rajih.
Sebaik sahaja aku melalui rukun yamani, aku mengucapkan doa untuk kejayaan dunia dan akhirat serta meminta agar dijauhkan dari azab neraka berulang kali. Tidak lama kemudian, kedudukanku mula sejajar dengan Hajarul Aswad. Aku sekadar melambai sahaja sambil mengucapkan “ Bismillahi Allahuakbar” dan terus memasuki pusingan yang keenam.
Aku terus berdoa, tenggelam dalam penyerahan diri hanya kepada ALLAH. Sepanjang tawafku, dari awal hingga kini, aku hanya berdoa dengan dua doa sahaja. Doa pertama aku ucapkan bermula dari hajarul aswad hingga ke rukun yamani. Doa kedua adalah doa meminta kebaikan di dunia dan akhirat, serta dijauhkan dari api neraka, dari rukun yamani ke hajarul aswad.
Semasa tawaf, tiada doa yang khusus yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW kecuali doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat serta meminta agar dijauhkan diri dari azab api neraka. Maka kita disunatkan untuk berdoa apa sahaja, dan berdoa sebanyak-banyak doa yang mungkin.
Tapi aku tidak mempelbagaikan doaku. Doa pertamaku itu kuulang-ulang.
Masuk pusingan yang ketujuh, aku menambah satu doa:
“ YA ALLAH, kalau KAU tak makbulkan doaku, siapa lagi yang hendak memakbulkan doaku ya ALLAH? Kalau KAU tak mendengar doaku, maka siapa lagi yang hendak mendengar doaku ya ALLAH? Kalau KAU membiarkan aku, maka siapa lagi yang hendak menjaga aku ya ALLAH? Kalau KAU berpaling daripadaku, maka siapalah yang hendak memandang aku ya ALLAH? KAU sahajalah tempat aku bergantung harap, maka perkenankanlah segala permintaan aku ya ALLAH!”
Doa itu menggantikan doa yang pertama, kuulang dan kuulang dalam tawaf terakhir ini. Kuulang dalam keadaan penuh hiba. Hati terasa seperti dicubit-cubit dengan kekerdilan diri. Bergetar jiwa menarik air mata untuk mengalir. Aku menangis sambil mengulang doaku itu. Penuh pengharapan dalam keadaan penuh ketundukan. Ya ALLAH, Ya ALLAH…
Tiba-tiba kurasa pegangan tangan Sya menjadi semakin erat. Kupandang isteriku itu. Dia juga sedang tunduk. Mulutnya terkumat kamit berdoa. Air matanya menitis-nitis. Kain telekungnya basah. Aku tambah hiba. Entah doa apa yang dia sedang ucapkan ketika itu, tetapi nampaknya keadaanya sama seperti aku. Penuh berharap.
Ya ALLAH, perkenankanlah permintaan kami!
Kami terus bergerak, dan menutup tawaf kami selepas melepasi Hajarul Aswad.
Aku membawa Sya ke kawasan solat di belakang Makam Ibrahim. Sememangnya, selepas tawaf, antara perkara yang sunat dilakukan adalah solat sunat dua rakaat di belakang makam ibrahim. Di situ kami solat sendirian, bukan secara jemaah.
Dalam sujud terakhir, aku minta bersungguh-sungguh agar doaku di dalam tawaf tadi dimakbulkan. Apabila aku mengangkat kepala, membaca tahiyyat dan memberikan salam, kudapati Sya masih belum bangkit dari sujud. Tubuhnya terenjut-enjut. Dia sedang menangis dengan penuh hiba nampaknya. Hati jadi rawan. Malam ini penuh dengan tangisan.
Aku memandang langit malam yang hitam pekat tanpa bintang. Sepanjang waktu berada di sini, memang aku dan Sya hanya bertawaf di waktu malam, kerana tidak tahan dengan bahang kepanasan di siang hari. Tambahan, ketika siang, manusia terlalu ramai. Aku hanya risaukan kesihatan Sya.
Sya bangkit dari sujud, duduk dan tidak lama kemudian memberikan salam. Aku yanng berada di sebelahnya, segera menyeka air mata.
“ Sayang doa apa sampai menangis-nangis ni?” Aku bertanya.
Sya menggeleng. “ Rahsia saya dengan DIA”
Aku tersenyum.
“ Abang pun, sya tengok masa tawaf macam dah tak ingat sesiapa aja, khusyuk benar berdoa sampai menangis-nangis. Abang doa apa?”
“ Biarlah rahsia” Aku membalas.
“ Ayo, tiru. Tak aci.” Sya bangun. Aku turut bangun dalam senyuman.
Destinasi seterusnya adalah tempat minum air zam-zam. Itu juga adalah antara sunat selepas melakukan tawaf. Tempat itu ramai orang. Aku tidak pernah membenarkan Sya pergi seorang diri. Akulah yang akan mengambilkan air untuknya. Dia hanya akan kusuruh duduk di tangga yang berdekatan menunggu.
Aku membawa dua cawan. Satu untuk aku, satu untuk Sya. Sya minum sambil menghadap Kaabah. Aku berdoa dahulu sebelum minum, doa yang sama seperti doa pertama dalam tawafku tadi. Tapi aku minum sedikit sahaja, kemudian aku ambil air itu, kutuangkan di atas kepala Sya. Terkejut isteriku itu.
“ Abang, abang buat apa ni?” Basah telekung Sya. Dia memegang kain telekungnya.
“ Katakanlah amin” Aku meminta.
Sya memandang aku penuh persoalan.
“ Katakanlah amin” Aku mengulang.
“ Amin” Sya mengucap kalimah penutup doa itu.
Kemudian aku duduk di sebelah Sya.
“ Kenapa buat macam itu bang? Habis basah telekung sya”
“ Beberapa minit lagi, kering la” Aku menjawab selamba. Memang, walaupun malam, Makkah tetap panas membahang. Suhu biasa ketika malam adalah 37 darjah celcius. Sebentar sahaja, telekung itu akan kembali kering.
Sya senyap tidak berbicara lagi. Dia merapati bahuku.
“ Abang fikir apa sebenarnya?”
“ Menunggu doa dimakbulkan”
Senyap. Kemudian kami senyap. Sama-sama memandang Kaabah yang berselimut kiswah hitam, dijahit padanya kaligrafi dari benang emas.
Ya ALLAH, perkenankanlah…
“ Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH, maka ALLAH akan memberikannya jalan keluar, dan memberikannya rezeki dari arah yanng tidak disangka-sangka…” Surah At-Talq ayat 2-3.
****
Tempoh sebulan lebih itu sudah hampir berakhir sebenarnya. Boleh dikatakan, hari-hari ini adalah ibarat hari-hari terakhir untuk aku dan Sya. Hari-hari terakhir sebelum kami berpisah, atau lebih tepat lagi, dipisahkan.
Memandangkan dia mengetahui umurnya semakin pendek, maka Sya meminta kepadaku agar membawanya menunaikan umrah. Aku pantas menghubungi kawan baik ayah yang bernama Pakcik Kamaruzzaman, yang mempunyai sebuah syarikat bernama Syarikat Shahid Travel & Tour. Melalui Pakcik Kamaruzzaman, kami datang menunaikan umrah.
Sya kata, dia tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke dua tanah Haram, yakni Makkah dan Madinah. Kini, dia sudah menziarahi Madinah dan sekarang kami berada di Makkah, menghabiskan hari-hari terakhir pakej umrah dan ziarah kami.
Aku pula, semasa belajar di Jordan dahulu, sudah pernah melaksanakan umrah beberapa kali bersama persatuan pelajar arab, Iktilaf Islami.
Malam ini adalah malam terakhir kami di Masjidil Haram. Esok petang, kami akan bertolak pulang ke Malaysia.
“ Romantik la pulak kita ni bang, dalam Masjidil Haram ber’couple’” Sya bercanda.
Pembacaan Al-Quranku terhenti.
Aku tersenyum, dalam keadaan duduk bersama kaki melunjur, dan Sya sedang meletakkan kepalanya di pehaku. Kami sama-sama memandang Kaabah. Dahulu, ketika aku menunaikan umrah semasa di universiti, aku sering melihat beberapa pasangan suami isteri berbangsa arab duduk-duduk dalam keadaan seperti kami sekarang.
Aku masa itu, memang sudah menyimpan niat untuk membawa bakal isteriku, menunaikan umrah, dan duduk-duduk di dalam masjidil haram seperti pasangan-pasangan romantik yang kulihat itu. Tap tak sangka, aku dapat melaksanakan umrah dengan isteriku, duduk-duduk dalam keadaan romantik di dalam masjidil haram seperti yang aku hajatkan, namun, dalam keadaan kami melalui hari-hari terakhir kami.
Hatiku jadi sebak sendiri. Melalui hari-hari terakhir bersama Sya, membuatkan aku menjadi seorang yang lembut dan mudah terasa.
“ La, kenapa abang sedih? Sebab nak tinggalkan tempat ini esok ea?”
Sebab kita sudah hampir berpisah sayang… “ Em..” Yang keluar hanya itu.
“ Abang, nasyidlah satu lagu. Abang kan suka nyanyi lagu nasyid”
“ Abang tak boleh bawa la lagu yang sayang suka tu”
Sya tergelak. “ Mana boleh, lagu tu tinggi-tinggi. Abang bawa la lagu yang slow-slow, rendah-rendah”
Aku memandang sekeliling, kawasan solat tempat aku dan Sya sedang duduk kosong. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Memang ketika ini tidak ramai orang.
“ The Zikr, Isteri Solehah”
“ Ok, shoot
Isteri cerdik yang solehah,
penyejuk mata,
penawar hati, penajam fikiran,
di rumah dia isteri, di jalanan kawan,
di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa rahmat bila bersamanya
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
Dengan suara yang teramat rendah lagi perlahan, aku nyanyikan nasyid lama itu. Sya memandang aku sahaja sepanjang nasyid itu kudendangkan. Bila aku selesai menyanyikan nasyid itu, aku seakan terserap ke ruanng vakum, suara-suara di sekeliling kami tidak lagi kedengaran menggetarkan gegendang telingaku. Mata Sya bertentang dengan mataku.
Tiba-tiba mata Sya bergenang.
“ Aiseh, sedap sampai nak menangis ke?”
“ Ish abang ni, orang terharu la” Dadaku ditolak.
Aku ketawa kecil. Mataku hangat sebenarnya, namun aku cuba untuk tidak mengalirkan air mata.
“ Sakeena lagu Outlandish lagi mendalam maksudnya”
“ Tapi rap dia complicated, sya susah nak faham”
“ Abang boleh buat slow motion punya”
“ Ini masjid la”
“ Dia yang suruh kita nasyid dulu”
“ Satu lagu je, nak rehat-rehat”
Kami ketawa sama-sama. Aku, kalau duduk dengan Sya, berapa jam pun boleh tahan. Aku tidak kisah. Duduk bersamanya, macam duduk dalam syurga. Tidak kira, tempat sesejuk kutub utara, atau sepanas padang sahara, aku tetap akan rasa nyaman bila berada di sebelahnya.
“ Esok-esok, boleh ke kita sembang-sembang macam ini lagi bang?” Pertanyaan Sya ibarat jarum halus menusuk hati.
“ Kenapa sayang cakap begitu?”
“ Ya la, ini kan hari-hari terakhir sya”
Aku diam. Sya mula menutup mata. Aku tahu, dia sedih. Dan aku tahu, dia tidak sedih kerana dia yang hendak mati. Dia sedih, kerana meninggalkan aku seorang diri.
“ Setiap hari adalah hari-hari terakhir untuk manusia. Siapa tahu dia mati bila, siapa tahu dia hidup sampai bila” Aku cuba menenangkan Sya, tapi sebenarnya aku lebih cuba menenangkan diri sendiri dengan kata-kata itu.
“ Abang memang pandai berbicara ya” Mata Sya terbuka semula.
Aku tersengih. “ Sayang, sayang yakin tak yang ALLAH tu boleh buat apa sahaja?”
“ Yakin”
“ Abang juga begitu”
“ Abang berharap kepada kejaiban?”
Aku menggeleng. “ Abang mengharap kepada ALLAH, yang memegang segala perkara”
“ Tapi, segala perkara tu bergerak atas sunnatullah bang, dan maut itu tidak boleh dielak”
“ Tapi siapa kata maut sayang sudah semakin hampir?”
“ Doktor pakar”
“ Bukan ALLAH kan?”
Sya senyap. “ Tapi, mustahil kan? Abang pun dah tengok result X-ray sya, dan keputusan pembedahan tempoh hari.”
Aku tersenyum kelat. Memang. Aku sudah lihat, dan dari penglihatanku itu, memang Sya tiada harapan lagi.
“ Memang, tetapi salahkah abang untuk terus berharap?”
“ Sya takut abang kecewa sahaja”
Aku menggeleng. “ ALLAH tidak akan mengecewakan hamba-hambaNya. DIA sentiasa memberikan yang terbaik”
“ Abang harap, doa abang di sini makbul” Aku mengharap.
“ Baiklah, abang memang degil. Sya pun harap, doa sya makbul” Sya menjawab.
“ Sya doa apa? Untuk sembuh?” Aku menduga. Sya menggeleng.
“ Habis?”
“ Kan dah kata rahsia. Apa kata abang amin kan sahaja?” Sya selamba sahaja.
“ Amin” Aku di dalam hati berharap, agar apa pun permintaan Sya, ALLAH perkenankan.
“ Abang, Sya sayang, kasih, cintakan abang”
“ Aishiteimasu” Aku menjawab dalam bahasa jepun.
“ Tahu la terer cakap jepun, jangan lah jawab dalam bahasa tu. Apa la. Tak feeling langsung” Sya buat merajuk, dadaku ditumbuk lembut sekali.
“ Abang sangat sangat sangat sangat sayang, kasih, cintakan Sya, lebih dari diri abang sendiri”
Dan bibir Sya menguntum senyum.
“ Moga kita kekal bersama hingga ke syurga” Sya menyambung dengan kata berbentuk doa.
“ Amin”
Ya ALLAH, dengarkanlah, perkenankanlah!
****
Aku duduk dalam keadaan gusar. Nyalaan lampu bertulis KECEMASAN yang berada di atas pintu masih belum padam walaupun sudah hampir 3 jam berlalu. Dua tanganku bertemu, bergenggam dan dahiku menyentuh kedua tanganku itu.
“ Ya ALLAH, selamatkanlah Sya!”
Tadi semasa di rumah, tiba-tiba Sya menjerit-jerit sakit. Aku pantas membawanya ke hospital, ibu, ayah, abah dan mak aku hubungi. Kami kini sedang sama-sama menanti.
“ Sabar, insyaALLAH ALLAH akan permudahkan” Bapa mertuaku, yang senang kugelar bapa menepuk-nepuk belakang tubuhku.
“ InsyaALLAH selamat” Ibuku pula menenangkan.
Kulihat ayahku membaca yasin, manakala mak mertuaku sibuk berdoa. Semua tenang sahaja, namun aku yang kegelisahan.
Di dalam hati, kalimah ALLAH sahaja yang aku ulang-ulang. Penuh berharap.
Tiba-tiba, lampu kecemasan itu terpadam.
Seorang doktor perempuan keluar. Dia adalah kenalanku, juga teman rapat isteriku, dan merupakan doktor pakar yang bertanggungjawab sebagai penjaga isteriku. Namanya Sharifah Nurul Hidayah.
“ Macam mana?” Aku bertanya dengan penuh keresahan. Ayah, ibu, abah dan mak turut bangun bersamaku.
Sharifah Nurul Hidayah diam sebentar, menambah resah. Kemudian dia bertanya:
“ Suka anak lelaki atau perempuan?”
“ huh?” Resah gelisah terus hilang.
Sharifah Nurul Hidayah kemudiannya tersenyum.
“ Tahniah, Sya selamat melahirkan anak! kembar lelaki perempuan!”
Jantungku macam hendak tercabut.
“ Akak, jangan la buat lawak macam tu. Buat orang takut aja” Aku mengurut dada. Aku memanggil Sharifah Nurul Hidayah sebagai akak, memandangkan dia adalah senior aku dan Sya semasa di sekolah menengah.
Sharifah Nurul Hidayah tersenyum aja. “ Dah, pergi masuk, azan dan iqamahkan anaknya tu. Tapi jangan kacau Sya sangat, dia masih lemah”
Aku tersenyum. “ Siapa yang nak susahkan orang yang dia paling sayang dalam dunia?”
Sharifah Nurul Hidayah menggeleng kepala sahaja.
Aku masuk bersama ayah, ibu, abah dan mak.
Sya menyambut kami dengan senyuman, walaupun senyumannya itu agak tawar kerana kepucatan.
“ Hadiah berganda” Dia angkat jari buat gaya peace.
Aku tersenyum. Terbaring lemah pun ada gaya nakal lagi.
Aku pantas mengambil anakku dan melaungkan azan di telinga kanan, kemudian iqamah di telinga kiri. Seorang lagi anakku, juga aku buat demikian. Gembira di dalam hati mencanak-canak. Kalimah alhamdulillah entah sudah masuk kali keberapa kuulang ucap.
“ Ini adalah hadiah, kerana percayakanNya” Sya bersuara.
Aku tersenyum dan mengangguk.
Selepas pulang dari masjidil haram, tiada apa-apa yang berlaku kepada Sya walaupun sudah berbulan-bulan berlalu. Malah, dia sudah tidak demam-demam, berat badannya kembali normal, dan dia sudah mula berselera makan. Dia sendiri kehairanan dengan keadaan dirinya.
Akhirnya, aku mengajaknya membuat pemeriksaan sekali lagi dengan doktor.
Keputusannya amat menakjubkan. Kanser hati yang dihidapi Sya sudah hilang. Malah, mengikut hasil pemeriksaan itu, Sya seakan-akan langsung tidak pernah menghadapi sakit kronik tersebut.
Kini, setahun setengah sudah berlalu, semenjak kepulangan kami dari Masjidil Haram. Sya terus sihat, malah mengandung dan melahirkan anak. Kembar pula tu. ALLAH telah memakbulkan doa aku.
“ ALLAH dah makbulkan doa abang semasa di Tanah Haram dulu”
“ Tapi ALLAH tak makbulkan doa sayang hari itu”
Aku kehairanan. Kenapa? “ Apa pula yang sayang doa?”
“ Abang kena la cerita apa yang abang doa dulu”
Aku memandang ayah, ibu, abah dan mak. Mereka nampak tertarik dengan perbualan kami.
“ Abang doa, biar sayang sembuh. Itu sahaja satu-satunya doa yang abang sebut semasa di Madinah dan Makkah, masa tawaf, masa sa’ie, masa minum zam-zam. Malah, masa abang tuang zam-zam pada sayang, abang sebut doa yang sama, iaitu minta sayang sembuh”
“ Alhamdulillah, doa kau dimakbulkan ALLAH” Mak mertuaku menepuk-nepuk belakang tubuhku.
“ Alhamdulillah mak. Semuanya kasih sayang ALLAH”
“ Tapi, apa yang kau doa sampai kau kata tak makbul Sya?” Ayahku bertanya. Aku juga hendak tahu. Dan aku yakin semua hendak tahu.
“ Sya doa, agar abang ni dapat isteri yang solehah, baik, caring, dan paling sesuai untuk jaga dia dalam kehidupan ni. Tapi sya tak dipanggil pergi pula, dan abang pun tak kahwin lain. Doa sya tak makbul la”
Aku senyap. MasyaALLAH…
Aku terus mendekati Sya yang terbaring di atas katil.
“ Sayang nak tahu tak satu perkara?”
Apa dia? Mata Sya berbicara. Tangan Sya kucapai. Kudekatkan dengan bibirku, kukucup penuh cinta.
“ ALLAH dah makbulkan doa sayang”
“ hmm?”
“ Sayang la isteri yang solehah, baik, caring, dan paling sesuai untuk abang dalam kehidupan ini. Sebab itu mungkin, ALLAH tak tarik sayang daripada abang, dan abang memang dah niat dalam hati, kalau sayang ALLAH panggil pergi, abang tak akan kahwin lain lagi”
Mata Sya bergenang. Sama seperti aku. Ini tangisan gembira. Hilang sudah tangisan hiba yang sering tertumpah dahulu.
“ ALLAH hendak ajar kita sebenarnya, yang setiap hari itu adalah hari-hari terakhir kita. Maut sentiasa dekat dengan kita. Maka, bagaimana kita mengisi masa kita, maka bagaimana kita berusaha menghadapinya. Itu yang abang dapat dari ujian yang ALLAH berikan kepada kita” Aku memberikan pendapat dari apa yang aku lalui.
“ MasyaALLAH, Allahuakbar” Kudengar ayah, ibu, mak dan abah memuji ALLAH SWT. “Dalam sungguh pengajaran yang terdapat dalam peristiwa kehidupan kita ini.” Ibuku menyambung.
Sya tersenyum.
“ Kita pergi Makkah Madinah lagi nak? Kali ini kita buat haji?”
Aku tersenyum.
“ Boleh. Bawa ayah, ibu, mak dan abah sekali”
Ya ALLAH….
Shukron Jazilan.
Alhamdulillah!