20.6.11

DUKA


Aku hanyalah orang yang bercita cita,
Ingin melihat sebuah kejayaan persada, 
Aku hanya manusia biasa

Hanya mampu menangis di kala ketentuan tiba


Namun ku punya tekad membara,

Tidak pernah ingin kesatuan yang kubina, 
Hancur musnah ditelan angkara,
 
Dek hanya kerana perselisihan sementara.


Benar katamu, wahai saudara,
Setiap insan punya rasa,
Ingin mencari kebenaran jua.

Namun bagiku, kebenaran itu perlu berencana,
Tersilap langkah, binasalah ia,
Padahnya bukan hanya sementara,
Berlarutan entah sampai bila.

Akhirnya ku kata
, 
Selamat berjuang wahai saudara,
walau kita di medan berbeza,
Namun jiwa kita sama,
Ingin melihat Islam dijulang dunia.. 

Salam perjuangan..
 

Dari insan yang benar benar mencintai saudaranya,
 
Yang ingin melihat kejayaan dakwah bersama,
 
Namun apakan daya,
Syaitan juga punya rencana,Ingin mencabik umat manusia,Tak tertahan lagi air mata,
Menitis membasahi dunia



********** *****
Ya Allah, berkatilah dan mudahkanlah perjuangan saudaraku, masukkanlah dia kedalam syurgaMu, sungguh ku mencintainya keranaMu~ =)

No comments:

Post a Comment