Jangan kerana cinta kau buta
buta dosa, buta pahala
buta yang mana benar, buta yang mana salah
Sebaliknya,
biarkan cinta itu membuka matamu
bahawa manusia tak sempurna
cintailah dia apa adanya
bahawa dunia hanya sementara
yang dicinta pasti pergi jua
Bahawa cinta itu
hanya akan bersatu bila diizinNya
menyedari dan mengakui
bahawa cinta datang dariNya dan harus mengikut aturanNya
Lantas mengapa membiar cinta membutakan mata?
menutup pintu-pintu redha, rahmat, dan kasih sayang Nya?
-peringatan ini khususnyaa buat diri ana..
Assalamualaikum, mencintai dan utk dicintai, sdh fitrah kita sbgai manusia.. ttpi, jgnlah kita terlalu inginkan perasaan itu.. seeloknya kita hindarkan.. jgn mmbuang prasaan cinta itu dengan 'benci' anggap shja muslimin yg anda cintai itu seperti anda menganggap dirinya seperti yang muslimin yang lain.. sdh pasti kita semuaa menginginkan jodoh yang mendatang itu dpt membimbing kita ke jalan Allah, yang kuat iman, agamanya seperti Nabi Muhammad s.a.w, bukan bgitu? jika ingin suami seperti itu jadilah seperti Khadijah terlebih dahulu.. betulkan akidah kita, hijabkan mata kita drpada memandang lelaki ajnabi, sukar? ya! amat sukar, cubalah.. inshaAllah dengan bantuan Ilahi kita dapat menjadi yang solehah.. seperti yang Allah telah janjikan. Lelaki yang soleh adalah utk wanita yang solehah dan yakinlah janji Allah itu pasti, salam =)
No comments:
Post a Comment